Saturday 28 July 2018


Image result for politeknik sultan haji ahmad shah semambu pahang

Nama Pensyarah :
Puan Wan Ruswani binti Wan Abdullah
Kod Subjek : DUB1012 
Jabatan : Perdagangan
Program : Diploma Sains Kesetiausahaan 



Nama Ahli :
Nur Shafiqah binti Megat Rahman (02DSK18F1002)
Nur Iman Nazuha binti Jamaludin (02DSK18F1006)
Najwa Adriana binti Azaman (02DSK18F1008)
Marizzati binti Mahadhir (02DSK18F1013)
Zawati binti Azami (02DSK18F1066)
Priya A/P Sanger (02DSK18F1080)

Kelas : DSK1B


Penghargaan 

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan e-folio dengan jayanya. 
  Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Wan Ruswani kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini. 
  Tidak lupa juga kami kepada rakan-rakan sekumpulan yang turut memberikan kerjasama semasa menyiapkan tugasan ini. 
Sekian terima kasih.

Pengenalan

Image result for etnik di malaysia

Sehubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Menurut Shamsul Amri (2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat. Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. 
  Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks. Persaingan dan konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatar belakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.

Isi


Image result for masyarakat majmuk

  Malaysia pada hari ini didiami pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum ini mewujudkan budaya, bahasa, agama dan adat resam. Semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang melayu dan orang asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.
  • J.S.Furnivall mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma iaitu masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sitem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
  • Menurut M.G. Smith pula masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Beliau juga beranggapan bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. 
  • P.L. Van Den Berghe juga memberi pendapat iaitu membezakan kemajmukan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
  Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomeno migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat atas faktor aktiviti ekonomi dan perladangan.
  
  Masyarakat cina sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah ke Tanah  Melayu. Kemasukan buruh cina ke Tanah Melayu beberapa cara yang diusahakan oleh orang cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket.

   Selain migran daripada negara Cina dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 hingga abad ke-20. Faktor ekonomi adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Related image

Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman antaranya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum. Masalah ini wujud disebabkan oleh implikasi yang berikut :

Ø Pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain.
Ø Perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang.
Ø Sistem Pendidikan yang berbeza juga punca masalah perpaduan kerana lahir idea yang berbeza di kalangan masyarakat.
Ø Fahaman politik mempengaruhi masalah perpaduan antara kaum.
Ø Masalah ekonomi akan menimbulkan masalah persefahaman.
Ø Perbezaan kepercayaan yang berbeza menimbulkan tiada toleransi dalam masyarakat.
Ø Sistem pemerintahan penjajah merupakan punca kepada masalah perpaduan.

Langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah-masalah ini adalah :

ü Penyeragaman sistem pendidikan -menyemai dan memupuk semangat perpaduan dengan bermula di sekolah.
ü Intergrasi ekonomi- melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) agar juramg kemiskinan dapat dikurangkan.
ü Penyatuan fahaman politik- mewujudkan semangat satu negara dan persefahaman dalam satu politik yang sama
ü Aspek aspek social lain dijadikan satu langkah untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum.

Selain itu, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Setiap warganegera perlu menjadikan Dasar dan Rukun Negara sebagai satu ideologi nasional untuk mencapai perpaduan. Semua rakyat Malaysia wajib menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup yang mengandungi matlamat untuk menyemai unsur unsur keamanan, kesetiaan kepada raja dan pemerintah, Perlembagaan, undang undang dan saling hormat menghormati dalam sistem kebudayaan masing masing. Melalui aktiviti kebudayaan juga , perpaduan dapat dicapai melalui sikap saling memahami tentang unsur budaya masing masing. Unsur unsur kebudayaan kaum lain juga diterapkan dan menjadi titik pertemuan dan asas perpaduan kearah mewujudkan satu identiti nasional bangsa Malaysia. 

Faktor yang Mempengaruhi Perpaduan dan
Integrasi Nasional
Image result for perpaduan kaum

Ø Perkongsian kuasa politik di Malaysia
Penyatuan parti berbilang kaum dalam suatu pertubuhan yang lebih besar dinamakan sebagai Parti Perikatan (era tahun 1950-an). Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya telah membuktikan bahawa penggabungan etnik dalam suatu badan politik adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan sokongan.
Ø Kerajaan demokrasi
Memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan meluahkan rasa ketidakpuasan etnik melalui wakil daripada etnik-etnik yang berbeza. Seseorang itu boleh bersuara dan membuat kritikan berdasarkan undang undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Ø Pertumbuhan ekonomi yang baik
Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum.
Ø Tolak ansur budaya
Tindakan menyertai majlis perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum.

Tahap Integrasi

Image result for integrasi

1.  Segregasi
Ø Suatu proses sosial yang menyebabkan kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan kumpulan sosial lain.
Ø Proses segregasi menyebakan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan menyebabkan peluang mereka untuk saling memahami menjadi semakin terhad.
Ø Segregasi secara rela merujuk keadaan dalam golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan mereka sahaja.
Ø Segregasi secara tanpa rela berlaku kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure.
Ø Segreasi de jure berlaku apabila kerajaan memaksa pengasingan ke atas kumpulan manusia dengan pelaksanaan undang undang seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan.

2. Akomodasi
Ø Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
Ø Kumpulan etnik dapat menyesuaikan diri dalam keadaan pelbagai budaya.
Ø Dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
Ø Dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik, dan Pendidikan.

3. Akulturasi
Ø Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individua tau kelompok daripada suatu kebudayaan lain yang berbeza.
Ø Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identiti asal.
Ø Proses ini bermula dengan sosialisasi primer, iaitu manusia mengadaptasi budaya yang paling dekat dengan mereka.
Ø Sosialisasi sekunder ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.



4. Asimilasi
Ø Proses yang berlaku apabila kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkan batas etniknya.
Ø Asimilasi mutlak akan menyebabkan berlakunya pengahapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
Ø Asimilasi budaya ialah satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat tuan rumah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat.
Ø Asimilasi struktur ialah satu proses apabila anggota kumpulan minority bejaya menyertai institusi utama dan aktivit sosial dalam masyarakat dominan.
5. Amalgamasi
Ø Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya bercampur untuk membentuk satu jenis budaya baru.
Ø Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah apabila terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Ø Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.

  Peristiwa 13 Mei

Image result for peristiwa 13 mei

 Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatatkan sejarah pahit Malaysia kerana rusuhan kaum selepas pilihan raya 1969. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei setengahnya tanpa izin pihak polis. Perarakan ini merupakan perarakan jenazah yang dilakukan parti buruh pada 9 Mei terhadap seorang pemuda cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihanraya. Perarakan UMNO bersifat provokatif telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawa kepada titik hitam sejarah negara. Angka rasmi bilangan mangsa tercedera seramai 493 orang. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak. 

   Antara tindak balas yang diambil ialah :
  •  penangkapan tokoh-tokoh.
  • mengenakan perintah berkurung
  • mengawal berita-berita radio dan televisyen
  • menapis penerbitan akhbar
  • mengaharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik
  • mengharamkan kempen pilihan raya
 Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu saling hormat-menghormati toleransi. Hal ini untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

   Peristiwa Pemerintahan JEPUN 

 Image result for pemerintahan jepun di tanah melayu

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-cina dan memberikan peluang kepada orang melayu terlibat dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan kemarahan orang cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke Tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu. Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan, setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.

Rumusan

Related image

 Secara keseluruhannya, setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing. Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungannya demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk. Proses ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.

Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang memberi kesan hitam kepada semua kaum. Bagi merealisasikan integrasi nasional maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum.


Lampiran


Contoh Pemerintahan Jepun :

Image result for pemerintahan jepun di tanah melayu   
Image result for pemerintahan jepun di tanah melayu

Image result for pemerintahan jepun di tanah melayu

Contoh Peristiwa 13 Mei :

Image result for peristiwa 13 mei


Image result for peristiwa 13 mei

Contoh Masyarakat-masyarakat Majmuk di Malaysia :


Related image  
 MELAYU

Image result for masyarakat CINA
 CINA 

Image result for masyarakat INDIA
 INDIA 

Image result for masyarakat IBAN
IBAN 

Image result for masyarakat kadazanDUSUN
KADAZAN-DUSUN

Image result for masyarakat orang asli
ORANG ASLI

Rujukan 

Related image

  • Buku Pengajian Malaysia Oxford Siri Politeknik.
  • Pensyarah Pengajian Malaysia, Puan Wan Ruswani.
  • Rakan-rakan sekelas DSK1B
  • pengajianmalaysiabyaie.blogspot.com/2015/01/sejarah-dan-latar-belakang-kemunculan_28.html?m=1
  • http://eylacooka.blogspot.com/2015/03/nurillani-zaiha-bt-zainal-12dee14f2010.html?m=1
  • https://www.google.com/search?biw=1366&bih=635&tbm=isch&sa=1&ei=VFdcW8vYHNuy9QPk5KjYDA&q=perpaduan+kaum&oq=perpadu&gs_l=img.1.3.3
SEKIAN TERIMA KASIH ☻

No comments:

Post a Comment