Nama Pensyarah :
Puan Wan
Ruswani binti Wan Abdullah
Jabatan :
Perdagangan
Program : Diploma Sains Kesetiausahaan
Nama Ahli
:
Nur
Shafiqah binti Megat Rahman (02DSK18F1002)
Nur Iman
Nazuha binti Jamaludin (02DSK18F1006)
Najwa
Adriana binti Azaman (02DSK18F1008)
Marizzati
binti Mahadhir (02DSK18F1013)
Zawati
binti Azami (02DSK18F1066)
Priya A/P
Sanger (02DSK18F1080)
Kelas : DSK1B
Penghargaan
Alhamdulillah syukur ke
hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan e-folio dengan
jayanya.
Ribuan terima
kasih kami ucapkan kepada Puan Wan Ruswani kerana telah memberikan kepercayaan
kepada kami untuk menjalankan tugasan ini.
Tidak lupa juga
kami kepada rakan-rakan sekumpulan yang turut memberikan kerjasama semasa
menyiapkan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
Pengenalan
Sehubungan
etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman
dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.
Menurut Shamsul Amri (2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik,
ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat.
Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam
tempoh kurang daripada 50 tahun.
Kehidupan manusia
itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks. Persaingan dan konflik antara etnik,
sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatar
belakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam
pembinaan negara bangsa.
Isi
Malaysia
pada hari ini didiami pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum ini
mewujudkan budaya, bahasa, agama dan adat resam. Semenanjung Tanah Melayu
ketika itu didiami oleh orang melayu dan orang asli bersama sebilangan kecil
bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah
pembentukan masyarakat majmuk.
- J.S.Furnivall mengemukakan konsep masyarakat majmuk
berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma iaitu masyarakat majmuk
terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa
dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di
bawah sitem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan
dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan
mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
- Menurut M.G. Smith pula masyarakat majmuk ialah
masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan
perselisihan. Beliau juga beranggapan bahawa masyarakat wujud atas dasar
konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama.
- P.L. Van Den Berghe juga memberi pendapat iaitu
membezakan kemajmukan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok
korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukan budaya iaitu wujud
daripada beberapa kelompok etnik.
Pada awal abad ke-18,
perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh
fenomeno migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik di negara asal
masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga
ke hari ini. Migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India ini
berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat atas faktor aktiviti
ekonomi dan perladangan.
Masyarakat cina sebenarnya
ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu,
mereka terpaksa keluar berhijrah ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh cina ke
Tanah Melayu beberapa cara yang diusahakan oleh orang cina sendiri yang telah
menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket.
Selain
migran daripada negara Cina dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan
Ceylon. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19
hingga abad ke-20. Faktor ekonomi adalah bukan faktor utama penghijrahan
mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang
mereka dapat di negara asal mereka.
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman antaranya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum. Masalah ini wujud disebabkan oleh implikasi yang berikut :
Ø Pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain.
Ø Perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang.
Ø Sistem Pendidikan yang berbeza juga punca masalah perpaduan kerana lahir idea yang berbeza di kalangan masyarakat.
Ø Fahaman politik mempengaruhi masalah perpaduan antara kaum.
Ø Masalah ekonomi akan menimbulkan masalah persefahaman.
Ø Perbezaan kepercayaan yang berbeza menimbulkan tiada toleransi dalam masyarakat.
Ø Sistem pemerintahan penjajah merupakan punca kepada masalah perpaduan.
Langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah-masalah ini adalah :
ü Penyeragaman sistem pendidikan -menyemai dan memupuk semangat perpaduan dengan bermula di sekolah.
ü Intergrasi ekonomi- melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) agar juramg kemiskinan dapat dikurangkan.
ü Penyatuan fahaman politik- mewujudkan semangat satu negara dan persefahaman dalam satu politik yang sama
ü Aspek aspek social lain dijadikan satu langkah untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum.
Selain itu, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Setiap warganegera perlu menjadikan Dasar dan Rukun Negara sebagai satu ideologi nasional untuk mencapai perpaduan. Semua rakyat Malaysia wajib menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup yang mengandungi matlamat untuk menyemai unsur unsur keamanan, kesetiaan kepada raja dan pemerintah, Perlembagaan, undang undang dan saling hormat menghormati dalam sistem kebudayaan masing masing. Melalui aktiviti kebudayaan juga , perpaduan dapat dicapai melalui sikap saling memahami tentang unsur budaya masing masing. Unsur unsur kebudayaan kaum lain juga diterapkan dan menjadi titik pertemuan dan asas perpaduan kearah mewujudkan satu identiti nasional bangsa Malaysia.
Faktor yang Mempengaruhi Perpaduan dan
Integrasi Nasional
Ø Perkongsian kuasa politik di Malaysia
Penyatuan parti berbilang kaum dalam suatu pertubuhan yang lebih besar dinamakan sebagai Parti Perikatan (era tahun 1950-an). Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya telah membuktikan bahawa penggabungan etnik dalam suatu badan politik adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan sokongan.
Ø Kerajaan demokrasi
Memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan meluahkan rasa ketidakpuasan etnik melalui wakil daripada etnik-etnik yang berbeza. Seseorang itu boleh bersuara dan membuat kritikan berdasarkan undang undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Ø Pertumbuhan ekonomi yang baik
Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum.
Ø Tolak ansur budaya
Tindakan menyertai majlis perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum.
Tahap Integrasi
1. Segregasi
Ø Suatu proses sosial yang menyebabkan kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan kumpulan sosial lain.
Ø Proses segregasi menyebakan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan menyebabkan peluang mereka untuk saling memahami menjadi semakin terhad.
Ø Segregasi secara rela merujuk keadaan dalam golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan mereka sahaja.
Ø Segregasi secara tanpa rela berlaku kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure.
Ø Segreasi de jure berlaku apabila kerajaan memaksa pengasingan ke atas kumpulan manusia dengan pelaksanaan undang undang seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
2. Akomodasi
Ø Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
Ø Kumpulan etnik dapat menyesuaikan diri dalam keadaan pelbagai budaya.
Ø Dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
Ø Dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik, dan Pendidikan.
3. Akulturasi
Ø Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individua tau kelompok daripada suatu kebudayaan lain yang berbeza.
Ø Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identiti asal.
Ø Proses ini bermula dengan sosialisasi primer, iaitu manusia mengadaptasi budaya yang paling dekat dengan mereka.
Ø Sosialisasi sekunder ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.
4. Asimilasi
Ø Proses yang berlaku apabila kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkan batas etniknya.
Ø Asimilasi mutlak akan menyebabkan berlakunya pengahapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
Ø Asimilasi budaya ialah satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat tuan rumah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat.
Ø Asimilasi struktur ialah satu proses apabila anggota kumpulan minority bejaya menyertai institusi utama dan aktivit sosial dalam masyarakat dominan.
5. Amalgamasi
Ø Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya bercampur untuk membentuk satu jenis budaya baru.
Ø Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah apabila terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Ø Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
Peristiwa
13 Mei
Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatatkan sejarah
pahit Malaysia kerana rusuhan kaum selepas pilihan raya 1969. DAP dan gerakan
telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei setengahnya
tanpa izin pihak polis. Perarakan ini merupakan perarakan jenazah yang
dilakukan parti buruh pada 9 Mei terhadap seorang pemuda cina yang terbunuh dalam
pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihanraya. Perarakan UMNO bersifat
provokatif telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawa kepada titik
hitam sejarah negara. Angka rasmi bilangan mangsa tercedera seramai 493 orang.
Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak.
Antara tindak balas yang diambil ialah :
- penangkapan tokoh-tokoh.
- mengenakan perintah berkurung
- mengawal berita-berita radio dan televisyen
- menapis penerbitan akhbar
- mengaharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik
- mengharamkan kempen pilihan raya
Kesimpulannya, rakyat Malaysia
perlu saling hormat-menghormati toleransi. Hal ini untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga 1945. Jepun
mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-cina dan memberikan peluang kepada
orang melayu terlibat dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan
kemarahan orang cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apabila Jepun
menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke Tanah Melayu, ramai
antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun
(MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan
membalas dendam terhadap orang Melayu. Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan,
setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam
kalangan mereka.
Rumusan
Secara
keseluruhannya, setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah
Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing. Kesepaduan sosial boleh
wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin
kelangsungannya demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah
masyarakat majmuk. Proses ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak
untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.
Penduduk Malaysia
seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang memberi kesan
hitam kepada semua kaum. Bagi merealisasikan integrasi nasional maka kerajaan
telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum.
Lampiran
Contoh Pemerintahan Jepun :
Contoh Peristiwa 13 Mei :
Contoh Masyarakat-masyarakat Majmuk di Malaysia :
MELAYU
CINA
INDIA
IBAN
KADAZAN-DUSUN
ORANG ASLI
Rujukan
- Buku Pengajian Malaysia Oxford Siri Politeknik.
- Pensyarah Pengajian Malaysia, Puan Wan Ruswani.
- Rakan-rakan sekelas DSK1B
- pengajianmalaysiabyaie.blogspot.com/2015/01/sejarah-dan-latar-belakang-kemunculan_28.html?m=1
- http://eylacooka.blogspot.com/2015/03/nurillani-zaiha-bt-zainal-12dee14f2010.html?m=1
- https://www.google.com/search?biw=1366&bih=635&tbm=isch&sa=1&ei=VFdcW8vYHNuy9QPk5KjYDA&q=perpaduan+kaum&oq=perpadu&gs_l=img.1.3.3
SEKIAN TERIMA KASIH ☻